Peraturan Keselamatan Elektrik
Dalam kerja-kerja pemasangan mungkin boleh berlaku kemalangan, sama ada ke atas diri kita, rakan-rakan ataupun ke atas pepasangan. Oleh itu kita mestilah sentiasa berwaspada bahawa keselamatan adalah perkara yang amat penting sekali. Jadi disini dinyatakan beberapa langkah keselamatan ketika membuat kerja-kerja pemasangan.
Terdapat 3 langkah keselamatan;
- Keselamatan kawasan kerja
- Keselamatan semasa membuat pemasangan elektrik
- Keselamatan ke atas pemasangan atau pendawaian
Keselamatan Kawasan Kerja
- Tentukan tempat kerja sentiasa kemas dan bersih daripada minyak, air, gris dan sebagainya. Tujuannya adalah supaya kita tidak tergelincir atau ia boleh menjadi sebahagian daripada litar elektrik dan mengakibatkan kejutan elektrik.
- Alat-alat dan perkakas mesti diletakkan ditempat yang tidak menjadi gangguan ketika bekerja.
- Semua alat dan perkakas elektrik mestilah dalam keadaan baik dan dapat mengelakkan berlaku nahas renjatan elektrik.
Keselamatan Semasa Membuat Pemasangan Elektrik
Keselamatan diri
- Pakaian mestilah sesuai dengan kerja yang hendak dilakukan.
- Kasut yang digunakan mestilah diperbuat daripada bahan penebat yang baik dan bertumit rendah.
- Elakkan memakai barang-barang kemas
- Semasa membuang penebat daripada kabel, gunakan pisau dengan cermat. Arah pergerakan pisau itu mestilah tidak menghala pada badan atau pelatih-pelatih lain.
- Jika menggunakan tangga, tentukan tangga yang disandarkan pada dinding berada di sudut yang selamat. Biasanya pada sudut 30°.
Litar Terbuka (litar mati)
Semua kerja pemasangan seboleh-bolehnya hendaklah dilakukan dalam keadaan litar terbuka. Cara untuk memutuskan litar ialah dengan mematikan (off) suis utama atau dengan menanggalkan fius (dalam suis utama dan papan fius agihan).
Litar Tertutup (litar hidup)
Membuat kerja pemasangan atau kerja senggaraan litar hidup adalah tidak digalakkan kecuali dalam keadaan kecemasan atau dalam keadaan memerlukan bekalan yang segera.
Langkah-langkah yang perlu diambil semasa dalam keadaan litar tertutup ialah ;
- Tebatkan diri iaitu dengan menggunakan sarung tangan yang bertebat dan berdiri diatas barang-barang bertebat.
- Elakkan bekerja pada sebahagian litar pada satu masa.
- Alat-alat dan perkakas hendaklah kering.
- Buat tanda di kabel dalam litar yang sedang dibaiki.
Keselamatan Semasa Membuat Pemasangan Atau Pendawaian.
- Setiap pemasangan mestilah mempunyai peranti perlindungan litar seperti fius dan pemutus litar bagi tujuan mengelakkan berlakunya lebihan beban(beban lampau), lebihan arus dan litar pintas.
- Membuat pendawaian semula sekiranya tempoh ketahanan pemasangan telah tamat.
- Membuat perlindungan mekanikal.
Bahaya Kemalangan Elektrik
Renjatan elektrik ialah pengaliran arus elektrik yang berlebihan melalui badan seseorang.
Syarat yang mesti dipenuhi untuk membolehkan arus melalui seseorang itu ialah;
- Ia mesti menjadi sebahagian daripada litar lengkap (litar tertutup) bagi pengaliran arus.
- Di dalam litar lengkap itu mesti terdapat daya gerak elektrik atau beza upaya untuk membolehkan arus mengalir.
Dalam satu keadaan yang biasa, arus minimum yang boleh mengakibatkan renjatan elektrik dan membawa maut ialah 50 mA manakala voltan minimum ialah 67 Volt AU.
Perkara-Perkara yang Menyebabkan Renjatan Elektrik.
- Kerosakan alat-alat atau perkakas elektrik.
- Kelalaian manusia :
- Kegagalan untuk mematuhi segala peraturan keselamatan semasa menggunakan alat-alat elektrik.
- Membuat modifikasi (perubahan) pada alat-alat elektrik tanpa mendapat kebenaran daripada pihak pembuat alat tersebut.
- Kegagalan untuk membaiki alat-alat elektronik yang telah pun mengakibatkan renjatan yang tidak berapa serius.
- Kegagalan menguji rintangan penebat pada alat-alat elektrik.
Langkah-Langkah Yang Perlu Diambil Dengan Segera Apabila Seseorang itu Terkena Renjatan Elektrik :
- Putuskan bekalan (sekiranya punca bekalan jauh, gunakan penebat untuk menarik mangsa dari punca bekalan).
- Letakkan mangsa pada tempat yang lapang dan mempunyai peredaran udara yang baik.
- Longgarkan pakaian dan keluarkan barang-barang yang terdapat daripada mangsa tersebut.
- Mulakan rawatan pemulihan pernafasan sementara.
- Dapatkan bantuan dengan segera.
Tiang Menjidanthapad - tatang menjidanthapad
BalasPadamTiang Menjidanthapad. TANG menjidanthapad was in titanium bolt charge dei titanium exhaust wrap of smith titanium operations, but in 2002, Jaijapanan. SADJIDANTHAPAD titanium earrings (Tian) · TANG MENJIDANTHAPAD (Tian) · Jaijapanan. titanium wedding rings