Selasa, 21 Mei 2013

CARA-CARA UNTUK MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN KAMI

1) HUBUNGI / SMS DI NOMBOR ANZA ELECTRICAL....019-3709657
   
     Maklumat Yang Dikehendaki Apabila Menggunakan SMS
     i) Nama Penuh
     ii) Alamat rumah yang hendak di lakukan kerja
     iii) Jenis Kerja Yang di kehendaki contohnya:
          - wayering
          - maintenance
          - lampu tidak menyala
          - soket terbakar
          - dan lain-lain
      iv) Jenis kediaman contohnya:
          - rumah teres
          - rumah flat
          - rumah kampung
          - rumah banglo
          - dewan
          - pejabat
          - dan lain-lain.
       vi) Tarikh Untuk lawatan Tapak/ Tempat Kerja

       * Kami akan hubungi anda jika tarikh yang diberi sesuai dan untuk tindakan lanjut.

2) LAWATAN TAPAK / TEMPAT KERJA

    Pihak kami akan ke tapak projek / tempat kerja seperti yang diberi dan pihak kami akan memberikan
    sebut harga untuk kerja-kerja yang akan dilakukan pada hari lawatan tapak atau selewat-lewatnya 3 hari
    selepas tarikh lawatan tapak.

3) MELAKUKAN KERJA-KERJA ELEKTRIK

    Setelah pihak pelanggan setuju dengan harga yang pihak kami tetapkan, pihak kami akan tetapkan semula
    tarikh unuk melakukan kerja, dan pihak kami akan melakukan kerja mengikut tempoh masa yang kami
    telah tetapkan.

4) PEMERIKSAAN KERJA

    Setelah kerja-kerja telah disiapkan pihak kami akan menunjukkan kerja-kerja yang pihak kami telah
    siapkan.

5) BAYARAN

    Setelah kerja_kerja di periksa dan pelanggan telah puas hati, bayaran hendaklah dilakukan dengan cara
    tunai dan cek.

    * Bayaran tunai ialah antara RM 10.00 - RM 5000.00
    * Bayaran melalui cek ialah antara RM 5000.00 - keatas
   

Rabu, 15 Mei 2013

Bahaya Elektrik

TAHUKAH ANDA????

Pendawaian elektrik di rumah, kilang, kedai, pejabat dan lain-lain premis mempunyai tempoh ketahanan....
Jika pendawain elektrik tidak diperiksa atau ditukar ia akan boleh menyebabkan renjatan elektrik dan litar pintas akibat pendawaian yang terlalu lama dan tidak ditukar....
Ia juga boleh menyebabkan kotak agihan selalu trip...dan juga boleh mengakibatkan pengguna terkena renjatan elektrik....ia amat bahaya dan tidak boleh di ambil mudah....
Setiap pendawaian elektrik mempunyai tempoh ketahanan iaitu selama 10 tahun...
Selepas 10 tahun pendawaian mungkin telah rosak dan berada dalam keadaan yang kurang baik...
Ramai penduduk-penduduk mengambil mudah tentang pendawaian ini kerana tidak mahu mengeluarkan wang untuk membaik pulih pendawaian dan membiarkan sahaja pendawaian yang telah digunakan melebihi 10 tahun.....

Jika pendawaian di rumah anda telah melebihi 10 tahun anda hendaklah memanggil orang kompetant yang diiktiraf oleh suruhanjaya tenaga atau kontraktor elektrik yang berdaftar dengan suruhanjaya tenaga dan mempunyai pekerja yang berkelayakan atau menghubungi kami sendiri iaitu ANZA ELECTRICAL seperti no yang tertera 019-3709657.......

Kami ANZA ELECTRICAL hanya sekadar mahu membantu dan memberikan info-info yang penting tentang bahaya elektrik...jangan ambil mudah tentang bayaha elektrik ini kerana nyawa manusia tidak boleh dicari atau dibeli......biar mengeluarkan belanja sedikit untuk membaik pulih pendawaian elektrik asalkan tidak kehilangan nyawa orang yang kita sayang......DUIT BOLEH DICARI, TETAPI NYAWA TIADA SPARE PART.....

HUBUNGI ANZA ELECTRICAL UNTUK QUOTATION ATAU UNTUK MAKLUMAT LANJUT...
019-3709657

Peraturan Keselamatan Elektrik


Peraturan Keselamatan Elektrik

Dalam kerja-kerja pemasangan mungkin boleh berlaku kemalangan, sama ada ke atas diri kita, rakan-rakan ataupun ke atas pepasangan. Oleh itu kita mestilah sentiasa berwaspada bahawa keselamatan adalah perkara yang amat penting sekali. Jadi disini dinyatakan beberapa langkah keselamatan ketika membuat kerja-kerja pemasangan.

Terdapat 3 langkah keselamatan;

  1. Keselamatan kawasan kerja
  2. Keselamatan semasa membuat pemasangan elektrik
  3. Keselamatan ke atas pemasangan atau pendawaian

Keselamatan Kawasan Kerja

  • Tentukan tempat kerja sentiasa kemas dan bersih daripada minyak, air, gris dan sebagainya. Tujuannya adalah supaya kita tidak tergelincir atau ia boleh menjadi sebahagian daripada litar elektrik dan mengakibatkan kejutan elektrik.
  • Alat-alat dan perkakas mesti diletakkan ditempat yang tidak menjadi gangguan ketika bekerja.
  • Semua alat dan perkakas elektrik mestilah dalam keadaan baik dan dapat mengelakkan berlaku nahas renjatan elektrik.

Keselamatan Semasa  Membuat Pemasangan Elektrik

Keselamatan diri

  1. Pakaian mestilah sesuai dengan kerja yang hendak dilakukan.
  2. Kasut yang digunakan mestilah diperbuat daripada bahan penebat yang baik dan bertumit rendah.
  3. Elakkan memakai barang-barang kemas
  4. Semasa membuang penebat daripada kabel, gunakan pisau dengan cermat. Arah pergerakan pisau itu mestilah tidak menghala pada badan atau pelatih-pelatih lain.
  5. Jika menggunakan tangga, tentukan tangga yang disandarkan pada dinding berada di sudut yang selamat. Biasanya pada sudut 30°.

Litar Terbuka (litar mati)

Semua kerja pemasangan seboleh-bolehnya hendaklah dilakukan dalam keadaan litar terbuka. Cara untuk memutuskan litar ialah  dengan mematikan (off) suis utama atau dengan menanggalkan fius (dalam suis utama dan papan fius agihan).

Litar Tertutup (litar hidup)

Membuat kerja pemasangan atau kerja senggaraan litar hidup adalah tidak digalakkan kecuali dalam keadaan kecemasan atau dalam keadaan memerlukan bekalan yang segera.
Langkah-langkah yang perlu diambil semasa dalam keadaan litar tertutup ialah ;
  1. Tebatkan diri iaitu dengan menggunakan sarung tangan yang bertebat dan berdiri diatas barang-barang bertebat.
  2. Elakkan bekerja pada sebahagian litar pada satu masa.
  3. Alat-alat dan perkakas hendaklah kering.
  4. Buat tanda di kabel dalam litar yang sedang dibaiki.

Keselamatan Semasa Membuat Pemasangan Atau Pendawaian.

  • Setiap pemasangan mestilah mempunyai peranti perlindungan litar seperti fius dan pemutus litar bagi tujuan mengelakkan berlakunya lebihan beban(beban lampau), lebihan arus dan litar pintas.
  • Membuat pendawaian semula sekiranya tempoh ketahanan pemasangan telah tamat.
  • Membuat perlindungan mekanikal.

Bahaya Kemalangan Elektrik

Renjatan elektrik ialah pengaliran arus elektrik yang berlebihan melalui badan seseorang.

Syarat yang mesti dipenuhi untuk membolehkan arus melalui seseorang itu ialah;

  1. Ia mesti menjadi sebahagian daripada litar lengkap (litar tertutup) bagi pengaliran arus.
  2. Di dalam litar lengkap itu mesti terdapat daya gerak elektrik atau beza upaya untuk membolehkan arus mengalir.
Dalam satu keadaan yang biasa, arus minimum yang boleh mengakibatkan renjatan elektrik dan membawa maut ialah 50 mA manakala voltan minimum ialah 67 Volt AU.

Perkara-Perkara  yang Menyebabkan Renjatan Elektrik.

  1. Kerosakan alat-alat atau perkakas elektrik.
  2. Kelalaian manusia :
  • Kegagalan untuk mematuhi segala peraturan keselamatan semasa menggunakan alat-alat elektrik.
  • Membuat modifikasi (perubahan) pada alat-alat elektrik tanpa mendapat kebenaran daripada pihak pembuat alat tersebut.
  • Kegagalan untuk membaiki alat-alat elektronik yang telah pun mengakibatkan renjatan yang tidak berapa serius.
  • Kegagalan menguji rintangan penebat pada alat-alat elektrik.

Langkah-Langkah Yang Perlu Diambil Dengan Segera Apabila Seseorang itu Terkena Renjatan Elektrik :

  • Putuskan bekalan (sekiranya punca bekalan jauh, gunakan penebat untuk menarik mangsa dari punca bekalan).
  • Letakkan mangsa pada tempat yang lapang dan mempunyai peredaran udara yang baik.
  • Longgarkan pakaian dan keluarkan barang-barang yang terdapat daripada mangsa tersebut.
  • Mulakan rawatan pemulihan pernafasan sementara.
  • Dapatkan bantuan dengan segera.